Monday 18 November 2013

7 Himpunan kisah mistik di Johor Bahru ( KISAH 7 )

Mahmoodiah.

       Banyak2 kisah mistik, aku rasa ini lah yang paling menyeramkan & banyak kisah yang berlaku di kawasan ini. Tidak lupa juga kawasan berhampirannya iaitu Dataran Bandaraya Johor Bahru yang pernah di gemparkan dgn kisah Hantu Lilin pada tahun 1990-an. Pada tahun 1980-an lagi best, pelancong Kuala Lumpur yang datang ke Johor Bahru tertarik dengan kemeriahan persembahan kuda kepang di pentas dataran tersebut. Hampir 2 jam dia melihat persembahan itu. Oleh kerana terlalu terpegun dengan kehebatan negeri Johor yg 'menghalalkan' pementasan sehingga jam 2 pagi, pelancong tersebut menceritakan hal ini kepada rakannya yang kebetulan bekerja dengan Majlis Bandaraya.. Rakannya menafikan dakwaannya itu dan mngatakan bahawa dia berkhayal! Habis, apa yg sebenarnya berlaku selama 2 jam pada mlm tersebut? Wallahualam..
       Berbalik kepada kisah di Mahmoodiah, ramai pemandu di ganggu ketika melalui kawasan perkuburan yg menempatkan kerabat2 di Raja itu.. Kisah pertama ini berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama Kadir. Kadir dlm perjalanan ingin bertemu rakan di sebuah restoran di Danga Bay.. Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Sampai di pertengahan jln lingkaran (sekarang di dirikan Petronas), dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri.. Dia pun memberhentikan kenderaan & bertanya arah tujuan wanita berkenaan.. wanita itu ingin ke perhentian bas di Hospital Sultanah Aminah..
       Kadir pun menumpangkn wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Kadir agar tidak menggunakan penghawa dingin.. Biarlah dengan membuka tingkap sahaja katanya.. Wanita itu memberitahu bahawa sepatutnya teman lelakinya yg menjemputnya, tetapi akibat masalah yg tidak dapat di elakkan, dia terpaksa berjalan kaki utk ke perhentian bas hospital itu. Wanita itu juga berpesan kepada teman lelakinya agar membawa kereta, kerana dah serik menaiki motor. Kadir cuba menenangkan wanita berkenaan dgn mengatakan bahawa naik motor lagi romantik, jimat minyak dan kalau jalan jem, boleh selit2.. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Kadir bahawa berlaku 1 kejadian yg tak di ingini semasa dia menunggang motosikal bersama teman lelakinya.. Pernah 1 ketika semasa menunggan motor bersama teman lelaki, mereka di sondol oleh kereta yg berlumba di situ.. Kadir lantas bertanya "Ya Allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak divider itu? di situlah saya dan teman lelaki saya tercampak selepas di seret hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama"..
       Apa saja ayat yg terlintas di fikiran Kadir, terus di bacanya kuat2.. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa wanita berkenaan lantas terbang dan berlalu pergi menerusi tingkap kereta Kadir yg terbuka luas.. Kadir membatalkan hasratnya utk berjumpa kwn2nya lalu terus balik ke rumah.. Di rumah, dia menceritakan segalanya kepada pakciknya yg kebetulan bertandang ke rumahnya.. Pakciknya berusia 66 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu..
       Kisah kedua yang terdapat di Mahmodiah ialah berlaku kepada seorang pemandu teksi. Lokasinya ialah di Terowong berhampiran ZZ / JKR.. menghala ke Anjung Warisan dari Petronas Lingkaran.. Selepas melalui terowong tersebut, ada seorg wanita menahan teksinya & terus mengejar teksi berkenaan..
       Kisah ketiga ialah  bangunan yayasan warisan johor..mase perang jepun dulu..jepun gunakan bangunan tu buat markas / kem diorng la..so mcm2 hukuman jepun spt pancung kepale ape sume buat kt situ..kt situ jugak bnyk askar jepun mati.. org2 lama cerita, kat situ ada jepun berbaris di atas bumbung! mcm mana tu dorg berbaris aku tak tau la.. wallahualam..
       Kisah keempat kubur mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri mengadap jalan lingkaran dalam..ade org cite yang kwsn situ haunted pade waktu petang selepas asar sebelum maghrib..ade org pegi ziarah kubur time tu..ade gangguan seperti ade bende terbang atas kepala...banyak kali..penggali kubur kt situ pun sarankan jgn dtg waktu2 ptg mcm tu..lg2 kwsn tu..
Kubur di Mahmoodiah
Kubur di Mahmoodiah

Ingat, jangan terlalu percaya.. Nanti syirik pulak.. Jangan terlalu takut & jangan terlalu berani.. Jika apa yg di tulis di atas adalah mengenai korg, aku nk korg perbetulkan di mana silapnya.. tak kisahlah drpd tarikh atau segala bagai.. apa2 pun yg buruk itu dtg drpd diri ini, kerana setiap manusia tak ubah drpd melakukan kesilapan & kesalahan.. Cerita ini bukan rekaan semata-mata.. ianya menjadi perbualan dari mulut ke mulut masyarakat JB.. aku pasti, ada jugak yg x tau lagi pasal kisah2 ini.. yang pastinya antara 3 kisah paling top di JB seperti Villa Nabila, Mahmoodiah & Banglo Hilang di Tmn Rinting telah pun aku research.. aku tak main tulis je, ada yg aku ambil dari blog2 & aku pilih yg paling lojik & terbaik..

7 Himpunan kisah mistik di Johor Bahru ( KISAH 6 )

Persimpangan Desa Rahmat, Tampoi.

 Di petik dari KOSMO!

JOHOR BAHRU - Imej misteri yang muncul dalam gambar telefon bimbit Nor Kharunisa Abd. Ghani mungkin ada kaitan dengan mangsa kemalangan maut di persimpangan Desa Rahmat di sini beberapa tahun lalu.
Menurut peniaga restoran di kawasan berkenaan, Mohd. Firdaus Md. Said, 26, sejak berniaga enam tahun lalu, banyak kemalangan berlaku di simpang jalan yang terletak kira-kira 100 meter dari restorannya itu.
"Memang banyak kemalangan yang berlaku di sini malah ada juga yang mengakibatkan kematian. Mungkin roh mereka berkeliaran dan dirakam secara tak sengaja di dalam kamera pengunjung restoran saya," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Kelmarin, Kosmo! melaporkan Nor Kharunisa, 24, terkejut melihat ada imej lain yang tidak disangka di dalam gambarnya yang didakwa seorang lelaki tidak berkaki ketika makan di restoran yang sama.
Imej tersebut hanya disedari ketika kakak angkatnya, Noorfadilah Zulkarnaian, 33, memuat turun gambar dari telefon bimbit ke dalam komputer.
Menurut Noorfadilah, semasa mengambil gambar Nor Kharunisa, dia tidak perasan apa-apa perkara misteri berlaku.
"Malah saya ambil gambar tiga kali di tempat yang sama. Kali ketiga baru imej itu muncul, itu pun setelah saya cuba untuk muat turun ke komputer," jelasnya.

Imej lembaga tak berkaki muncul dlm telefon bimbit Nor Kharunisa. 23 Januari 2011
Imej lembaga tak berkaki muncul dlm telefon bimbit Nor Kharunisa. 23 Januari 2011

ATAS:NOR Kharunisa menunjukkan imej lelaki tidak berkaki (bulatan) di belakangnya yang muncul apabila gambar itu dirakam di sebuah restoran di Johor Bahru baru-baru ini. KIRI:IMEJ lembaga bertudung dengan muka yang kabur (bulatan) ini didakwa tidak kelihatan sewaktu gambar ini dirakamkan di Air Hitam, Muar baru-baru ini.

JOHOR BAHRU - Belum reda kisah lembaga 'wanita kebaya merah' di Lebuh Raya Utara-Selatan, kini timbul pula kisah dua orang di sini yang terkejut melihat gambar mereka rupa-rupanya ada imej lain yang tidak disangka-sangka.
Nor Kharunisa Abd. Ghani, 24, mendakwa dalam sekeping gambar yang dirakam menggunakan telefon bimbit di sebuah restoran di sini baru-baru ini meresahkannya kerana ada imej 'lelaki tidak berkaki' di belakangnya.
"Saya hanya menyedari imej ganjil yang kabur itu apabila memasukkan gambar itu ke komputer.
"Pada mulanya saya ingatkan itu adik angkat saya, tetapi dia ketika itu duduk di hadapan saya,'' ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Dalam bulatan, imej aneh yg kelihatan tersenyum terdapat dalam gambar yg di ambil oleh Nor Kharunisa Abd. Ghani
Dalam bulatan, imej aneh yg kelihatan tersenyum terdapat dalam gambar yg di ambil oleh Nor Kharunisa Abd. Ghani

Dakwanya, sejak kejadian itu perasaannya menjadi tidak tenang kerana terasa seperti diekori.
Sementara itu, seorang lagi yang mendakwa berjaya merakamkan gambar ganjil, Mazluini Jema'an, 36, berkata, dia terkejut apabila ada imej wanita bertelekung tanpa muka muncul di hadapan gambar seorang saudaranya.