Mahmoodiah.
Banyak2 kisah
mistik, aku rasa ini lah yang paling menyeramkan & banyak kisah yang
berlaku di kawasan ini. Tidak lupa juga kawasan berhampirannya iaitu
Dataran Bandaraya Johor Bahru yang pernah di gemparkan dgn kisah Hantu
Lilin pada tahun 1990-an. Pada tahun 1980-an lagi best, pelancong Kuala
Lumpur yang datang ke Johor Bahru tertarik dengan kemeriahan persembahan
kuda kepang di pentas dataran tersebut. Hampir 2 jam dia melihat
persembahan itu. Oleh kerana terlalu terpegun dengan kehebatan negeri
Johor yg 'menghalalkan' pementasan sehingga jam 2 pagi, pelancong
tersebut menceritakan hal ini kepada rakannya yang kebetulan bekerja
dengan Majlis Bandaraya.. Rakannya menafikan dakwaannya itu dan
mngatakan bahawa dia berkhayal! Habis, apa yg sebenarnya berlaku selama 2
jam pada mlm tersebut? Wallahualam..
Berbalik kepada kisah
di Mahmoodiah, ramai pemandu di ganggu ketika melalui kawasan
perkuburan yg menempatkan kerabat2 di Raja itu.. Kisah pertama ini
berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama Kadir. Kadir dlm perjalanan
ingin bertemu rakan di sebuah restoran di Danga Bay.. Jam menunjukkan
pukul 7.30 malam. Sampai di pertengahan jln lingkaran (sekarang di
dirikan Petronas), dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri..
Dia pun memberhentikan kenderaan & bertanya arah tujuan wanita
berkenaan.. wanita itu ingin ke perhentian bas di Hospital Sultanah
Aminah..
Kadir pun menumpangkn wanita berkenaan. Wanita
tersebut menyuruh Kadir agar tidak menggunakan penghawa dingin.. Biarlah
dengan membuka tingkap sahaja katanya.. Wanita itu memberitahu bahawa
sepatutnya teman lelakinya yg menjemputnya, tetapi akibat masalah yg
tidak dapat di elakkan, dia terpaksa berjalan kaki utk ke perhentian bas
hospital itu. Wanita itu juga berpesan kepada teman lelakinya agar
membawa kereta, kerana dah serik menaiki motor. Kadir cuba menenangkan
wanita berkenaan dgn mengatakan bahawa naik motor lagi romantik, jimat
minyak dan kalau jalan jem, boleh selit2.. Tetapi wanita itu terus
menceritakan kepada Kadir bahawa berlaku 1 kejadian yg tak di ingini
semasa dia menunggang motosikal bersama teman lelakinya.. Pernah 1
ketika semasa menunggan motor bersama teman lelaki, mereka di sondol
oleh kereta yg berlumba di situ.. Kadir lantas bertanya "Ya Allah, lepas
tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak divider
itu? di situlah saya dan teman lelaki saya tercampak selepas di seret
hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama"..
Apa saja ayat yg
terlintas di fikiran Kadir, terus di bacanya kuat2.. Yang terdengar
hanyalah hilaian tawa wanita berkenaan lantas terbang dan berlalu pergi
menerusi tingkap kereta Kadir yg terbuka luas.. Kadir membatalkan
hasratnya utk berjumpa kwn2nya lalu terus balik ke rumah.. Di rumah, dia
menceritakan segalanya kepada pakciknya yg kebetulan bertandang ke
rumahnya.. Pakciknya berusia 66 tahun hanya tersenyum kerana kejadian
sebegini sering berlaku di kawasan itu..
Kisah kedua yang
terdapat di Mahmodiah ialah berlaku kepada seorang pemandu teksi.
Lokasinya ialah di Terowong berhampiran ZZ / JKR.. menghala ke Anjung
Warisan dari Petronas Lingkaran.. Selepas melalui terowong tersebut, ada
seorg wanita menahan teksinya & terus mengejar teksi berkenaan..
Kisah ketiga ialah bangunan
yayasan warisan johor..mase perang jepun dulu..jepun gunakan bangunan
tu buat markas / kem diorng la..so mcm2 hukuman jepun spt pancung kepale
ape sume buat kt situ..kt situ jugak bnyk askar jepun mati.. org2 lama
cerita, kat situ ada jepun berbaris di atas bumbung! mcm mana tu dorg
berbaris aku tak tau la.. wallahualam..
Kisah keempat kubur
mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri mengadap jalan lingkaran
dalam..ade org cite yang kwsn situ haunted pade waktu petang selepas
asar sebelum maghrib..ade org pegi ziarah kubur time tu..ade gangguan
seperti ade bende terbang atas kepala...banyak kali..penggali kubur kt
situ pun sarankan jgn dtg waktu2 ptg mcm tu..lg2 kwsn tu..
Ingat,
jangan terlalu percaya.. Nanti syirik pulak.. Jangan terlalu takut
& jangan terlalu berani.. Jika apa yg di tulis di atas adalah
mengenai korg, aku nk korg perbetulkan di mana silapnya.. tak kisahlah
drpd tarikh atau segala bagai.. apa2 pun yg buruk itu dtg drpd diri ini,
kerana setiap manusia tak ubah drpd melakukan kesilapan &
kesalahan.. Cerita ini bukan rekaan semata-mata.. ianya menjadi
perbualan dari mulut ke mulut masyarakat JB.. aku pasti, ada jugak yg x
tau lagi pasal kisah2 ini.. yang pastinya antara 3 kisah paling top di
JB seperti Villa Nabila, Mahmoodiah & Banglo Hilang di Tmn Rinting
telah pun aku research.. aku tak main tulis je, ada yg aku ambil dari
blog2 & aku pilih yg paling lojik & terbaik..
No comments:
Post a Comment