Kisah ini diceritakan oleh seorang
ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih
kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku
Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang
sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan
gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga
bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan
hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan
berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.
Tiba-tiba saya lihat muka
jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya
tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin
hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu
dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat
suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit
berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat
berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti
terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung
memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di
kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu?
Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di
fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba
saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi
pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di
bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak
lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai
baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal
dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok
jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit
tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah
tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah
ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya
putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya
jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah
anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali
lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya
kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang
berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.
Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya
ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti
menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya
tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk
menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka
mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni
memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam
atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu
tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah
wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,
Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah
dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau
dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik
angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya
itu memeranjatkan saya.
Teringat saya kepada hadis nabi
bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman
dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan
sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang
hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta
diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam
persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan
menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali
ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas
keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz
Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya
begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui
nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya
hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.
Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan
orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya
lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik
tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."
Pertanyaan saya itu menyebabkan
dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang
wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta
pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah
emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku,
tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang
menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata
sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk
memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan
wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi
lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada
sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan
sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka
selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu
hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000
tahun?
No comments:
Post a Comment