Lokasi Villa Nabila Bukit Serene (berhampiran Strait View Hotel)
Kalau
rasa berani sangat, try la 'berhijrah' ke sana.. tapi ingt.. waktu mlm
ye? jgn lupa rakam.. hehehe.. Dah ramai yg saja nk jln2 ke Rumah Hantu
tak berbayar tu.. ye la.. dia bukannya mcm funfair.. ok, aku ada url
video drpd budak poli JB, dorg ada masukkan kat youtube.. ni rakaman
siang hari.. http://www.youtube.com/watch?v=fQ1omgTq-rk
Member aku pernah masuk Villa Nabila tu, orang kata, kalau masuk
genap, kat dlm tu jadi ganjil.. kalau masuk 8 org, cuba korg kira kat
dlm tu.. entah-entah 9 orang.. kalau tak percaya korang leh tanya
pengalaman (facebook name Tyecik Hades).. Kisah ni berlaku masa zaman
rempitnya dulu.. Mat rempit biasa lah, hati cekal & kering.. Dorg
akan cuba buat sesuatu yg org lain x berani nak buat.. Kalau korg dah
pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa2 tu Alhamdulillah la.. Kadang2
time nk balik tu, enjin kenderaan takleh nak start.. TU MEMANG DAH BIASA
TERJADI kat Villa Nabila..
Ada beberapa budak penakut ni
lagi best, takut punya pasal, dorg pilih cantik je iaitu pada bulan
Ramadhan. Lepas bersahur kat Singgah Selalu pukul 2 pagi, dorg terus wat
rombongan Cik Kiah ke Villa Nabila.. Nak tau apa terjadi? Lepas je
matikan enjin nak ke rumah tu, tiba2 bumbung kereta dorg kena ketuk..
Lagi dasyat enjin kereta dia tak leh hidup.. Tapi Alhamdulillah, selepas
beberapa doa di baca, enjin kereta pun hidup & mereka membatalkan
hasrat utk jejak kan kaki ke dlm Villa Nabila tu.. Ingat! jangan sampai
meracau sudah..
Korg tau apa itu seni? Kalau korg minat dlm
bidang fotografi, dah tentu korg akan tau.. Utk menghasilkan seni dlm
sesebuah gmbr, kebanyakkan fotografer akan menjadikan bangunan2 lama
& terbiar sebagai 1 monumen penting dlm sesebuah gmbr itu..
Kebanyakkan fotografer dah serik utk ke Villa Nabila biarpun pada waktu
siang.. Ini kerana gmbr yg dorg snap termasuk sekali benda yg tak di
undang..
Utk pengetahuan korg, terdapat 3 buah banglo
terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa
Nabila & yg ke tiga agak dlm sikit iaitu sebuah Banglo seorang
doktor.. Bahaya & belum di siasat..
Mengapa Villa
Nabila begitu mistik? apakah punca dari mulut ke mulut yg sering di
katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak
kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yg tamakkan harta
peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila. Lama juga tertanam
di dalam dinding rumah berkenaan. Sehinggalah polis dapat selesaikan kes
ini. Kepada polis yg baca artikel ini, sila sahkan cerita ini please~
hehe.. ni video yg kedua aku search kat youtube.. tak tau la budak mana
punya kerja.. http://www.youtube.com/watch?v=h7RRI2oelY0
kalau korg rajin, korg try la main pause-pause.. mana lah tau korg
ternampak lembaga yg tak di ingini masuk dlm video dorg tu.. huhuhu..
No comments:
Post a Comment