Persimpangan Desa Rahmat, Tampoi.
Di petik dari KOSMO!
JOHOR
BAHRU - Imej misteri yang muncul dalam gambar telefon bimbit Nor
Kharunisa Abd. Ghani mungkin ada kaitan dengan mangsa kemalangan maut di
persimpangan Desa Rahmat di sini beberapa tahun lalu.
Menurut
peniaga restoran di kawasan berkenaan, Mohd. Firdaus Md. Said, 26, sejak
berniaga enam tahun lalu, banyak kemalangan berlaku di simpang jalan
yang terletak kira-kira 100 meter dari restorannya itu.
"Memang
banyak kemalangan yang berlaku di sini malah ada juga yang mengakibatkan
kematian. Mungkin roh mereka berkeliaran dan dirakam secara tak sengaja
di dalam kamera pengunjung restoran saya," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Kelmarin, Kosmo! melaporkan
Nor Kharunisa, 24, terkejut melihat ada imej lain yang tidak disangka
di dalam gambarnya yang didakwa seorang lelaki tidak berkaki ketika
makan di restoran yang sama.
Imej tersebut hanya disedari ketika
kakak angkatnya, Noorfadilah Zulkarnaian, 33, memuat turun gambar dari
telefon bimbit ke dalam komputer.
Menurut Noorfadilah, semasa mengambil gambar Nor Kharunisa, dia tidak perasan apa-apa perkara misteri berlaku.
"Malah
saya ambil gambar tiga kali di tempat yang sama. Kali ketiga baru imej
itu muncul, itu pun setelah saya cuba untuk muat turun ke komputer,"
jelasnya.
ATAS:NOR
Kharunisa menunjukkan imej lelaki tidak berkaki (bulatan) di
belakangnya yang muncul apabila gambar itu dirakam di sebuah restoran di
Johor Bahru baru-baru ini. KIRI:IMEJ lembaga bertudung dengan muka yang
kabur (bulatan) ini didakwa tidak kelihatan sewaktu gambar ini
dirakamkan di Air Hitam, Muar baru-baru ini.
JOHOR BAHRU -
Belum reda kisah lembaga 'wanita kebaya merah' di Lebuh Raya
Utara-Selatan, kini timbul pula kisah dua orang di sini yang terkejut
melihat gambar mereka rupa-rupanya ada imej lain yang tidak
disangka-sangka.
Nor Kharunisa Abd. Ghani, 24, mendakwa dalam
sekeping gambar yang dirakam menggunakan telefon bimbit di sebuah
restoran di sini baru-baru ini meresahkannya kerana ada imej 'lelaki
tidak berkaki' di belakangnya.
"Saya hanya menyedari imej ganjil yang kabur itu apabila memasukkan gambar itu ke komputer.
"Pada mulanya saya ingatkan itu adik angkat saya, tetapi dia ketika itu duduk di hadapan saya,'' ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Dakwanya, sejak kejadian itu perasaannya menjadi tidak tenang kerana terasa seperti diekori.
Sementara
itu, seorang lagi yang mendakwa berjaya merakamkan gambar ganjil,
Mazluini Jema'an, 36, berkata, dia terkejut apabila ada imej wanita
bertelekung tanpa muka muncul di hadapan gambar seorang saudaranya.
No comments:
Post a Comment