Terowong Lama British di Tambak Johor
Kredit utk Azeem Zainal, pasal dia lah aku cari info mengenai kisah
ini. Kisah terowong ini terdapat dalam antara 95 fail mengenai
“kumpulan rekod-rekod dan panduan kepada bahan-bahan mengenai Tambak
Johor.Antara dokumen itu menyatakan bahawa terowong yang dibina di
bawah Tambak Johor itu adalah 8 kaki tinggi dan 11.5 kaki lebarnya.
Dokumen itu menyatakan bahawa objektif terowong itu adalah
untuk kegunaan paip air daripada Gunung Pulai Satu, di Jalan Pontian,
Johor, menuju ke Mac Ritchie Reservoir, di Singapura. Berikutan Wayleave
Agreement 1971, paip yang menyalurkan air ke Singapura telah dibina
selari dengan landasan keretapi yang merentasi Selat Teberau seperti
yang wujud pada hari ini. Apa terjadi jika terowong tersebut menjadi
tempat untuk pengintipan daripada negara luar?
Mungkin juga
akibat kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya terowongberkenaan
disalahgunakan untuk sesuatu aktiviti yang membahayakan Malaysia, maka
Tun Dr Mahathir Mohamad merancang supaya Tambak Johor digantikan dengan
sebuah jambatan. Dan, mungkin juga atas kepentingan terowong itu kepada
pihak-pihak tertentu, maka rancangan pembinaan jambatan menggantikan
Tambak Johor itu dibangkang habis-habisan, sehingga menyebabkan projek
itu dibatalkan?
Ok, aku nak bawa korg ke alam misteri..
Ingat lagi tak Metro Ahad pernah keluarkan berita tergempar apabila 2
orang pekerja binaan terjerlus ke dalam lubang misteri? Bertarikh 14
November 2010. Masa tu aku kat Melaka tgh sibuk2 ngan 'Projek Melaka'
Tajuknya Tragedi Tambak Laut, mangsanya Mohd Nor Miskan berumur 36
tahun. Dia dikhuatiri lemas apabila jentera jentolak yang
dikendalikannya tenggelam ketika sedang menjalankan kerja-kerja
penambakan pantai tersebut. Di fahamkan insiden tersebut turut
menenggelamkan tiga jengkaut, dua kontena dan satu set generator. Kemana
hilangnya ke semua tu? mayatnya pun di jumpai setelah beberapa hari..
Aku tertanya-tanya, bagaimana jentera yang seberat itu boleh ditelan dek pasir pantai dan tidak dijumpai. Pada pemahaman aku, kejadian tersebut hanya berlaku lebih kurang 100 meter dari
pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ
tenggelam. Projek penambakan tersebut memang projek mega yang menelan kos berbillion ringgit Malaysia, Lido Boulevard namanya.
Pemahaman 'org2 kampung' mcm biasa lah, mereka mengatakan itu semua
adalah normal. Bila manusia sibuk menghakis kejadian alam semesta,
mesti ada 'give & take'. Katanya, mungkin ada 'penjaga' yang mahukan 'darah' manusia
sebagai gantian. Tapi takkan dengan jengkaut-jengkaut tu 'penjaga' tu
nak makan? Lapar benar. Kerana sebelum ini ada kes pembinaan jambatan di
sini juga yang tertangguh sehingga kemalangan yang
meragut nyawa mangsa sehingga mangsa tercampak dalam sungai tersebut
barulah jambatan tersebut tiada masalah dan pembinaannya disambung semula. Itu kata mereka bukan aku, syirik namanya kalau percaya. Manalah tahu bajet tak cukup nak
teruskan pembikinan jambatan tu. Iya tak? Dan mereka juga kata Kejadian
tanah jerlus itu ada kaitan dengan TEROWONG LAMA BRITISH yg
menghubungkan Singapura & Malaysia ini.. Thukah anda, isteri mangsa
siap tidur di tempat kejadian sementara nak tunggu org cari mayat arwah
suaminya.. Takziah di ucapkan.. Sedekahkan Al-Fatihah..
Ini ada 2 video yg di sedut dari youtube berkenaan Terowong yg di katakan ini..
http://www.youtube.com/watch?v=WEDuqd-ShC0 dan http://www.youtube.com/watch?v=oVSiBbiqrMg
Pelik, mcm mana dia boleh terlepas masuk kat dlm terowong tu? tapi
separuh jalan je pasal di pertengahan jln tu ada tanah tertimbus. Kalau
nk ikutkan dgn video ni, negara kita masih selamat la, pasal dorg takleh
nak tembus sempadan Johor dah.. Adakah video ini di buat2 oleh mat
saleh berkenaan? Nasib baik hantu Jepun tak muncul dlm video tu.. Sebab
dgr cerita terowong tu 'berpenghuni'.. Yang menghuninya pula bukan
calang2 hantu!
No comments:
Post a Comment