Makcik Semah seperti mana lazim nya
tiap-tiap pagi bangun awal dari tidur untuk bersiap-siap untuk pergi
kerja menajak di sebuah estet yang jauhnya kira-kira 5 kilometer dari
rumah beliau. Pada pagi itu Makcik Semah teragak-agak hendak keluar
rumah sebab keadaan di luar rumah gelap lagi, sesekali terdengar bunyi
kokokan ayam bersahut-sahutan ,jam dinding pula telah mati. Sekarang
sudah pukul berapa pun Makcik Semah tak tahu.
Hendak tak hendak Makcik Semah
terpaksa juga keluar rumah berjalan menuju kesimpang jalan menunggu lori
mengambil beliau bersama dua,tiga orang rakan seusia. Suasana
sekeliling memang gelap betul, Makcik Semah terpaksa berjalan
berhati-hati takut kalau tersepak tunggul kayu. Setelah berjalan
kira-kira 3 rantai dari rumah sampai la Makcik Semah di bawah pohon
rambutan di simpang jalan. Makcik Semah melabuhkan punggung beliau di
tunggul kayu sambil menanti rakan-rakan yang lain tiba.
Lama jugak Makcik Semah
menunggu,berdetik di hati Makcik Semah, kenapa la agaknya rakan-rakan
beliau tak tiba lagi tak pernah mereka lambat. Dalam keadaan memikirkan
hal rakan-rakan beliau tiba-tiba Makcik Semah terpandang cahaya yang
memanjang di udara , berkerlipan mempunyai cahaya yang berwarna warni
terbang diudara tingginya kira-kira setinggi pokok rambutan tempat
Makcik Semah enanti rakan-rakannya. Bila di amat-amati baru la Makcik
Semah perasaan objek tersebut meyerupai kepala maknusia berambut
panjang, dua biji cahaya merah tersebut ialah mata lembaga tersebut dan
yg berjuntai memanjang seperti perut ayam, bercahaya berwarna-warni
ialah usus perut lembaga tersebut tanpa tubuh.
Makcik Semah terpaku tak terkata
,lesu seluruh anggota apa yang daya Makcik Semah lakukan hanya lah
menanti lembaga tersebut hilang dari pandangan. Kira-kira setengah jam
kemudian baru la rakan-rakannya tiba. Apa yang berlaku tadi semuanya
diceritakan kepada rakan-rakannya. Menurut rakan -rakan nya lembaga
tersebut ialah Hantu Penanggal ia ialah kejadian dari seorang wanita
yang menuntut ilmu hitam. Pada siang hari ianya akan menjadi manusia
biasa dan pada malam hari kepala beliau akan bercerai dari badan
berserta usus-usus perut keluar mencari darah,biasanya ia menghisap
darah wanita yg keluar ketika bersalin. Kalau ketika itu tiada orang
bersalin ianya akan menghisap darah binatang ternakan seperti ayam.
Rupa-rupanya Makcik Semah
terawal satu jam menanti ,sebab itu rakan-rakan nya tiada . Sejak hari
itu Makcik Semah tak berani lagi keluar rumah tanpa di temani anaknya.
Dan jam dinding di rumah beliau pun telah dibetulkan.
No comments:
Post a Comment