Siapa kata hantu duduk kat kampung je? Jika korg yg lahir kat JB tak
pernah dgr cerita hantu dari mulut ke mulut, mmg tak sah la..
Ingat lagi tak pasal hantu perempuan yang memakai purdah kecoh culik
budak? Ianya juga di kenali sebagai Wanita Setan.. Hantu tu di katakan
menaiki kereta Kancil berwarna merah.. Time tu tahun 1996, aku darjah
2.. Dah nak masuk waktu maghrib je, semua budak2 tak kira la lelaki atau
pmpn akan masuk ke rumah coz takut kena culik ngan hantu tu.. waktu
malam hingga ke subuh di katakan hantu itu 'beroperasi' mencari mangsa..
Hantu tu di katakan nak tangkap 20 org gadis.. Sebab apa dia nak
tangkap 20 org gadis? sebabnya nak isap darah 20 org gadis tersebut bg
menghilangkan hodoh di muka akibat melanggar pantang..
Oleh
sebab tu juga hantu purdah tu memakai purdah kerana nak melindungi
wajahnya yg kelihatan hodoh..cerita ni berkembang dari hari ke hari,
merentasi negeri dan lautan dan lebih menghairankan ceritanya dijadikan
muka depan harian metro semacam menjadikannya sebagai cerita nasional
pada waktu tu.. Di dewasa ini aku terfikir, HANTU PANDU KERETA KANCIL?
HAHAHA.. Orang kata, cerita ini di war-warkan sbb nak mengelakkan anak
dara keluar malam² sebab waktu tu mmg ramai bohsia and bohjan, tapi
tatau lah. btw kalau dapat kurangkan bohsia and bohjan bagus juga ada
cerita² macam ni.
Kisah Hantu Kum Kum adalah salah satu kisah yang bertaraf urban lagend dalam
masyarakat Malaysia. Cerita ini tersebar dengan pantas sehinggakan
penduduk asli di tanah air juga mengetahui cerita mengenai Hantu Kum Kum
ini. Bergitulah pantasnya cerita Hantu Kum Kum ini tersebar.
Namun,
daripada segi logiknya, ia gagal diterima akal. Seseorang manusia
normal bila berfikir secara intelektual akan merasakan cerita ini sangat
mengarut dan rubbish. Manakan tidak, Hantu yang dikatakan
mampu membunuh ini tetapi tiada langsung laporan polis yang mengatakan
terdapat mangsa-mangsa dibunuh akibat daripada Hantu Kum Kum. Tidak
logik bukan?
Apa yang penting sebenarnya daripada kisah
yang ‘menakutkan’ ini ialah ia terkandung beberapa perkara tersirat.
Sebagai warganegara Malaysia anda wajib mengetahuinya.
hehe..
hebat tak org Johor Bahru? Kecoh satu Malaysia tu.. ok itu cerita
pembuka kata.. Selepas ini anda di sajikan dgn cerita2 mistik yg pernah
kecoh di Johor Bahru..
kisah 1
Lokasi Masai.
Tahukah korg bahawa setiap surau 'berpenghuni'? Apatah lagi jika surau
tersebut dah lama tak di gunakan? maka terjadilah tempat2 jin melepak..
Jangan di sangka rumah kosong yg di biarkan lama je 'berpenghuni'.. heh
heh.. Surau sepi ini berdekatan dgn pekan Masai.. Surau
tu di buat persinggahan atau pun rumah tumpangan untuk pekerja kontrak
MSE pada masa itu sekitar tahun 1980an. Kalau surau tu di guna
sekalipun, cuma utk beberapa kerap sahaja.. Sehinggalah datang seorang
ustaz utk mengajar kuliah di surau berkenaan.. Yang aneh nya setiap
kalii mengikuti kuliah nya pasti apa yang diajar pada hari itu adalah
perkara atau masalah yg di hadapi pada hari itu walau pun pengikut
kuliahnya tidak menyuarakan apa2 pertanyaan.. Ustaz itu sepertinya
mengetahui masalah mereka..
Ustaz ini amat daif kehidupan nya
dari segi harta.Semua kenderaan yg di gunakan adalah sumbangan dari anak
murid nya. Dia tinggal dirumah setingan & mempunyai anak yang
ramai.. Berulang alik menaiki motor dari Kota Tinggi ke Masai untuk
membuat kuliah agama.Masyallah hebat nya ustaz nih.. Tetapi begitulah
rupanya Allah lebih sayang kpd nya...dia telah kembali ke rahmutullah
pada thn 1990an.
Tahukah di mana lokasi surau itu sekarang? Bangunan surau ini telah pun di robohkan oleh PBTPG (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang)
dengan alasan untuk menggantikan Surau yang baru.. Tetapi sampai
sekarang habuk pun tak ada.. Sekarang ni tapak tersebut telah di dirikan
sebuah pasaraya KIPMART..! ya KIPMART MASAI..!
Sebelum di
robohkan dulu, ada juga penduduk setempat yg mengatakan bahawa ternampak
kelibat org bersembahyang di kala maghrib & Isyak.. Lampu terang
benderang.. tetapi bila di periksa pada siang hari, tiada pula kesan
bekas tayar kereta, motosikal mahupun basikal.. Lagipun surau berkenaan
dah lama tiada bekalan elektrik..! Dari segi cerita ini kita dpt tahu
bahawa yg menumpang sembahyang itu adalah jin2 Islam..
No comments:
Post a Comment