Banglo Hilang, area Taman Rinting
Kisah cerita ni memang banyak versi, ada penduduk di sana
menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan ilmu utk dapat
duit dgn senang. duit yang didapati tidak boleh digunakan untuk perkara
haram walaupun 1 sen sekalipun.. tetapi duit yang diperolehi itu dengar
citer berjuta or beribu wallahualam digunakan sebahagian untuk
perjudian.. anyway setelah langgar perjanjian.. rumah itu dighaibkan dan
penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi..maybe orang kat rumah
dah jadi bunian kot skang nih... dah hidup kat alam sana bersama orang2
bunian... wallahualam.. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah
tangga! kenapa tangga di tinggalkan?
Versi ke dua pula ada
yg menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim,
dan dia buat rumah besar2 dgn menggunakan harta anak yatim tersebut.
Versi ke 3 lagi la macam haram.. banglo ni di katakan hilang pasal
ada sorg sami buddha ni nak test power kasi hilang, pastu banglo tu pun
hilang tak timbul2.. haram x? nak jadi David Copperfield pun agak2 la..
Beberapa bulan selepas di dapati hilang, ada sekumpulan mamat ni
nak buat research kat tapak rumah tersebut, tapi bila 2 hari dari tarikh
mereka nak pergi, mereka di datangi 1 mimpi yg sungguh misteri. dalam
mimpi itu mereka nampak ibarat satu lorong yang panjang, penghujung
lorong tersebut sebuah gate yang besar... mcm gate banglo.. di sepanjang
lorong ada orang yang berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan
kanan.. mereka melambai seolah-olah mengajak masuk menuju gate
tersebut.. yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada 3
org ahli mereka secara serentak! seorang lagi 'berisi' mimpi seorang tua
memakai pakaian putih nasihatkan jgn ke rumah tersebut.. orang tua itu
berada di hujung simpang.. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka
melupakan saja hajat mereka utk membuat research tentang kehilangan
banglo tersebut. Ye! kisah banglo hilang ni pernah keluar kat Mastika
beberapa tahun lalu.. persoalan yg menjadi tanda tanya, mengapa kalau
rumah tu di katakan tak siap, tapi ianya mempunya lantai berbatu
marmar?
Kalau
nak di ikutkan pada tahun 2002 & 2003, takde lah pagar secantik yg
kita leh tgk seperti gmbr2 di atas.. Dulu cuma pagar dawai yg kaler
hijau tu, siap nmpk batu marmar nya lagi.. Security mmg ketat gila,
pantang nmpk kereta benti kompem di halaunya..
Ini adalah salah 1 story yg telah di ambil dari sebuah forum..
"sy nak tambah skit aper yg sy tau pasal banglow kat taman rinting nie..
seingat
sy, banglow nie ilang kalo tak salah lah tahun 2003 or 2004.. sory sy
lupa coz waktu tu sy bru abis SPM.. sy duduk umah abg ipar sy kat taman
daya yg bekerja sebagai Pegawai Penilaian Hartanah.. so dia byk kwn ngan
Pemaju2 Perumahan kat JB.. dia penah bawak sy pi tempat banglow tu..
waktu malam plak tu.. tiba jerk kat banglow tu, secara automatik nya
bulu roma sy berdiri tegak.. hahahha.. waktu tu, sy just nampak pagar
rumah banglow tu dan Dua tiang Roman yg tinggi tu jerk..(tapi tangga tu
sy tak perasan plak).. yup, tapak umah tu bersih waktu tu.. takder
rumput tumbuh lagi.. sy nak kuar dari kete tapi abg ipar sy tak bagi coz
dia takut sy lemah semangat.. memang ramai org kat situ, tapi org
penting2 jelah.. polis jaga laluan masuk ke banglow tu.. Project
Engineer, Clerk OF Work, Project Manager dan Contractor masing2 sibuk
ngk Drawing plan Phase taman Rinting tu..
memang ternyata banglow
tu dulu dibuat sehingga dapat CFO.. tapi tetiba hilang.. sejam kemudian
sy n abg ipar balik rumah kat taman daya..
sampai kat rumah, sy
trus masuk.. tapi abg ipar marah sy.. dia ajak sy duduk luar dulu dalam
10 minit.. kemudian dia cakap entah kat sapa,
"sampai kat sini jerk, jgn ikut aku dan adik aku masuk dalam".. Wow.. menggigil sy dibuat nya.. pastu sy trus masuk dan mandi..
kemudian
abg ipar panggil n cerita tentang banglow tu.. dia cakap, banglow tu
ader org India yg beli.. tetapi, dia beli guna duit anak orang Yatim..
it's means, Org India tu sepatut nya bagi duit derma yg org ramai bg tu
kat rumah kebajikan anak yatim johor.. tapi dia klepet aper entah sampai
dia dapat duit tu dan dia beli banglow tu.. kira tuk bayar down payment
lah tu.. pastu dia wat loan dan lantik abg ipar sy tuk wat penilaian
kat umah banglow tu.. tu yg abg ipar sy kena datang ke taman rinting
waktu banglow tu hilang.. n pasal dia tak bg sy masuk umah trus masa
sampai umah kat taman daya tu coz ptg sebelum dia kena pi kat tempat
kejadian ader ustaz nasihat supaya jgn trus masuk umah pas datang
banglow tu.. takut ader yg ikot kater nya.. tu jelah yg sy tau..
waktu progress work, abg ipar sy tak terlibat.. tetapi waktu india
tu nak wat loan kat bank, abg ipar sy dilantik untuk menilai banglow
tu.. selepas itu abg ipar sy akan datang ke banglow itu untuk tangkap
gambo, n buat penilaian.. sebelum tu memang ader banglow tu.. tapi
selepas proses 'hand over keys' tetiba banglow tu hilang.. tu yg jadi
gempar tu.. kalo sy balik jb nanti sy try tanyer abg ipar sy samada dia
ader simpan gambo tu or tak.. n sy akan try tanyer citer yg lebih
terperinci.. wat mase skrang sy ngah bz ngan final exam.. sory ehh..
wassalam"
Begitulah sedikit sebanyak kisah misteri
banglo hilang di Taman Rinting, tetapi sehingga kini budak yang berjanji
nak beri gambar asal banglo tersebut tidak upload pun gambar yg di
maksudkan.. Misteri menjadi semakin misteri.. Sehingga kini ianya tak
terungkai lagi..
No comments:
Post a Comment